our song...

Mar 17, 2008

happy besday to me....


happy besday to me!!!!

Dec 12, 2007

dinner kik

dinner kik hari tu kat bangi....balik kerja lepak kat umah pah bedah...sebelum pergi...dekat kol 8..pahbedah, cik kiah ngan tijah sampai la kat dewan..jumpa la pak maon kat table....satu table ngan group teraju...mmm..sopan-sopan belaka diaorang ni makan.....kitaorang berempat aja...takper la..tolong makankan untuk geng lain....sib baik bukan chinese food....kalau tak alamat sakit perut la lagi.....ok la..not bad gak makanan...risau gak nak balik malam-malam..sejak insiden tersadai kat tol...ahaks....cabaran....memandangkan esok tu kerja..terpaksa la berangkat pulang awal la sikit dari orang.....hahaha...end of story....


kawan macam......

kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
lagi..... kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya. . :)

Dec 7, 2007

Berkahwin: Murah Rezeki

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari) Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu suatu perkara yang rumit dan menyusahkan. Kenapa perkara ini boleh terjadi ? Ramai di antara kita yang beranggapan, nak kahwin mesti ada kereta, mesti ada wang yang banyak, mesti ada itu dan ini ... Cuba kita ambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu yang mana boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya-Allah ... Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan. Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah... ?" keluh lelaki itu. "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi," kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa berkahwin di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya. Sabda Rasulullah bermaksud : "Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibnu Abbas) Firman Allah Taala bermaksud : "Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (surah an-Nur :32) Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan

Kehebatan surah al-Qadr

AL-QADR ertinya keagungan atau kemuliaan kerana surah ini mempunyai banyak kelebihan serta di dalamnya memuat penjelasan mengenai suatu malam yang diturunkan kitab suci al-Quran ke langit dunia atau Lauhil Mahfudh hingga dengan membaca seluruh isi surah ini seseorang akan mendapatkan bagaimana hebatnya kemuliaan dan keagungannya. Bacaan surah Al-Qadr membawa maksud: Bahawasanya Kami sudah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan, dan tahukah kamu apakah sebenarnya malam yang mulia) lebih baik daripada (perbandingannya dengan malam lain) seribu bulan, (kerana) pada malam itu turun malaikat termasuk (pimpinan mereka) malaikat Jibril dengan izin Allah untuk menetapkan pengaturan segala urusan, malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar (masuknya waktu sembahyang Subuh)” (Al-Qadr: 1-5).Suatu ketika Al-Faqih al-Imam al-Walily al-Kabir Ahmad Ibn Ujail didatangi seorang fakir. Disampaikannya kisah kefakirannya itu kepada al-Faqih, lalu beliau diperintahkan membaca sebanyak mungkin surah al-Qadr dan selesai membacanya, digalakkan berdoa yang membawa erti: “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Ya Allah rahmati dan selamatkanlah penghulu kami Rasulullah, keluarga, para sahabatnya sekalian. Ya Allah, wahai Dia yang memadai daripada sekalian makhluk-Nya, tetapi tiada seorang pun yang tidak memerlukan-Nya di kalangan semua makhluk-Nya.“Wahai yang Esa,tiada bandingannya, putuslah harapan tanpa harapan daripada-Mu, hilang cita-cita melahirkan kepada-Mu dan amat sukar perjalanan kecuali menuju Engkau. Wahai penolong orang yang meminta tolong, tolonglah aku ( tujuh kali)”.Dan siapa berhajat kepada Allah maka bacalah surah Al-Qadr (141 kali) lalu membaca doa itu (tujuh kali) kemudian memohon keperluannya.Sesiapa membaca surah Al-Qadr (1,000 kali) pada hari Jumaat maka ia tidak meninggal sebelum melihat Rasulullah dalam tidurnya.Sesiapa membaca surah Al-Qadr (10 kali) dan surah Al-Ikhlas (10 kali) pada air lalu dipercikkan pada pakaian baru, maka ia selalu berada dalam penghidupan yang lapang ketika masih dipakainya pakaian itu. Dari Rasulullah, baginda bersabda: Sesiapa mengambil tanah kubur saat penguburan mayat lalu membaca surah Al-Qadr (tujuh kali) dan tanah itu diletak bersama mayat pada kain kafan atau liang kuburnya maka si mayat itu tidak akan diseksa dalam kuburnya. Sesiapa membaca surah Al-Qadr ketika keluar maka ia akan kembali dengan selamat. Sesiapa membaca surah Al-Qadr (10 kali) maka dihapuskan seribu dosanya. Sesiapa membaca surah al-Qadr (tiga kali) sehabis sembahyang Maghrib dan Subuh sebelum berganjak lalu berdoa maka dibangun antara dia dan iblis sebuah benteng seperti benteng pembendung Yajuj dan Majuj. Demikian dalam ad-Durri an-Nazhim.Barang siapa membaca surah Al-Fatihah (tujuh kali), surah Muawwidzatain (tujuh kali), surah Al-Ikhlas (tujuh kali) ayat Kursi (tujuh kali) dan surah al-Qadr (tujuh kali) lalu mengadap kiblat dan memohon kepada Allah apa yang diperlukannya, maka Allah mengabulkan doanya, Insya-Allah.

NERAKA TIDAK SENTIASA PANAS

Roh manusia akan mengembara merentasi destinasi keenam iaitu neraka. Mereka yang menjadi ahli neraka ini akan hidup di alam terakhir ini untuk selama-lamanya. Sekiranya roh seseorang itu dapat masuk syurga maka ia adalah tempat pengembaraan paling baik dan nikmat bagi mereka. Sebaliknya mereka menjadi ahli neraka, maka itu adalah tempat yang paling buruk.Bagi iblis dan orang-orang kafir, mereka tetap berada di alam nereka. Namun demikian, bagi orang-orang Islam yang berdosa tetapi tidak musyrik, mereka akan menempuh satu alam lagi iaitu alam syurga selapas diseksa dineraka. Bentuk neraka dan isinya. Perkataan neraka berasal dari kata Ibrani yang mempunyai maksud unggun api. Sebenarnya neraka itu adalah azab iaitu tempat seksaan bagi mereka yang ingkar seperti iblis, syaitan, juga mereka yang menjadi musuh Allah seperti Fir'aun, Abu Jahal dan mereka yang berdosa. Inilah neraka yang disebut dalam Al-Quran sebagai Nar ataupun Darul Jahaanam. " Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya itu adalah manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan untuk mereka yang kafir". Di dalam neraka inilah orang-orang kafir akan diazab dan diseksa. Neraka juga adalah hukuman Allah seperti pembalasan daripada amalan-amalan jahat mereka ketika hidup di dunia. Ia adalah tempat untuk membakar orang-orang yang berdosa dari golongan jin dan manusia. Apinya sangat panas dan menyala-nyala. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah At Tahrim ayat 6 yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Sedangkan penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi bengis. mereka tu tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya". Neraka merupakan api yang sangat panas, berjuta kali ganda panasnya berbanding dengan api di dunia ini. Sekiranya api neraka jatuh ke atas dunia ini sekalipun sebesar zarah maka hancurlah dunia ini. Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Dinyalakan neraka itu seribu tahun bewarna merah, seribu tahun bewarna putih dan kadang-kadang bewarna hitam putih. Seribu tahun bewarna hitam". (Hadis riwayat Tirmidzi) Salman Al Farisi berkata: " Apabila neraka itu bewarna hitam, maka hitamnya itu lebih hitam daripada malam yang gelap gelita. Tiap-tiap warna api neraka itu sama sahaja panasnya". Hadis riwayat Muslim dari Ibnu Mas'ud ra berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Andai kata sedikit sahaja jatuh di dunia, nescaya mendidih air di laut kerana bahang kepanasannya". Api neraka pun kadang-kadang menjadi dingin apabila tiba musim dingin. Dinginnya neraka lebih dngin daripada sesuatu yang paling dingin di dunia ini sehingga berguguran daging-daging dari tubuh manusia. Rasulullah saw pernah bersabda: Neraka itu pernah mengadu kepada Tuhan-Nya dengan berkata yang bermaksud " Hai, Tuhanku. Aku telah memakan satu-persatu dan Allah telah mengizinkan aku mempunyai dua nafas, satu pada musim dingin dan satu lagi nafas pada musim panas. Kalau panas, maka panasnya adalah jauh lebih panas berbanding di dunia. Jika ia dingin, maka dinginnya itu adalah jauh lebih dingin daripada ' zamharir' ". Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi, namun ada yang mengatakan hadis ini daif. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: " Adapun neraka itu gelap gelita, tidak ada lampu untuk meneranginya kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai tujuh pintu dan tiap-tiap pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu bukit. Tiap-tiap bukit itu mempunyai tujuh puluh ribu cabangnya". Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa ia terdiri daripada tujuh pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Oleh kerana tiap-tiap tingkat itu mempunyai satu pintu, maka setiap tingkat mempunyai satu pintu menurut dalam Al-Quran dan hadis iaitu: Neraka jahannam, Luzza, Hathamah, Sair, Sayu, Jahim dan Hawiyah.

Dec 5, 2007

seribu tahun...



Rela ku menunggumu seribu tahun lama lagi

Tapi benarkah hidup ku kan selama ini

Biar berputar utara selatan

Ku tak putus harapan

Sedia setia


Rela ku mengejar mu seribu batu jauh lagi

Tapi benarkah kakiku kan tahan sepanjang jalan ini

Biar membisu burung bersiulan

Tenang lah gelombang lautan

Ku masih setia


Adakah engkau yakin ini cinta

Adakah engkau pasti ini tuk selama lamanya

Relaku menunggu mu seribu tahun lama lagi

Tapi benar kah hidup ku kan selama ini

Biar berputar utara selatan

Ku tak putus harapan

Sedia setia


Jangan putus harapan
Sedia setia…