Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga dimana-mana
> pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun
> menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.
> "Apa khabar daun hijau," katanya.
> Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang
> "Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya
> daun hijau.
> "Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah
> engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.
> "Tentu..tentu..dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "jika aku
> memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan
> tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi
> tak apalah."
> "Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.
>
> Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun
> hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si
> ulat. Ketika ulat mengucapkan terimakasih kepada sahabat yang penuh
> kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau.
> Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia
> dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.
>
> Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi
> kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang
> dan dibakar.
>
>
> Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan
> berkorban sedikit sahaja bagi sesama?
> Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang
> tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran.
> Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika
> sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu
> untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan
> diri sendiri.
>
> Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama
> memang tidak mudah, tetapi indah.
> Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang
> berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita
> akan tetap hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.
>
> Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang
> mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia
> melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia
> lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak
> akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan
> kering dan jatuh.
>
> Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita
> akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-
perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan,
kesabaran dan kerendahan hati.
>
> Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan
> membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam
> banyak perkara.
> Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,
> memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan
> yang dapat kita lakukan.
>
> Yang mana yang sering kita lakukan?
> Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau
> menjadi "daun hijau" yang senang memberi.